Sunday, February 22, 2009

'Tengok, jeling pandang-pandang, jangan sampai landak ditendang.'

'Tengok, jeling pandang-pandang, jangan sampai landak ditendang.'



Itulah ungkapan keramat yang aku tak konfem betul ke tak dalam soalan exam kefahaman BM PTD. Bengong la. Karamsingh kah yang membuat petikan itu? Soalan nya, apakah maksud peribahasa tersebut. Kimama.

Aku sangatlah lemah dan menggeletar kepala lutut untuk menjawab. Nasib baik kubawa bekalan peluru yang banyak. Peluru sesat pun mungkin banyak jugak. Ainor, gua salute sama lu pass exam tu. Lalu aku berkata di dalam hati, 'Aku rasa aku tak pass.'



Soalan general knowledge memanglah tak mungkin aku jawab dengan hebat. Kan Sejarah itu, satu matapelajaran tido-time aku pada suatu masa dahulu. Bukan salah aku, kawan2. Salah cikgu aku sebab dia tak hensem langsung. Kalaulah Cikgu Zamri yang paling hensem yang mengajar aku masa Form 4 tak pindah sekolah, aku sangat yakin untuk mendapat A1 ketika SPM. Malah, mungkin bait-bait sejarah yang beliau ajar masih terngiang2 di telinga ku.



Takpe2 aku bukan minat nak jadi PTD pun. Aku kan pergi sebab mak aku.

Ada orang tanya, ' Yang ko tak minat, ko apply apesal?'.

Aku jawab, ' Dah borang SPA tu mintak banyak2 position tu apahal? Terpaksa la aku isi. Mana la aku nak tau dia pegi panggil exam. PTD tu menatang ape pun aku tak tau sebelum ni. Oh, jawatan kerajaan rupa-rupanya.'





Untuk luahan lebih lanjut, bolehlah klik di sini.





Nasib baik laaa aku kena exam sama tempat dengan Reen. Kalau tak, bosan gila la sorang2 terkedek2. Tapi kami berdua memang menembak2 saja. Soalan Math je kitorang yakin dengan jawapan sebab dah kira2 tettt nampak ade jawapan, kan? Essay tu, hentam sajalah. Nasib baik aku tak apply teknik penulisan macam tulis blog aku yang merepek2 ni.



Apa kami buat masa exam tu? Kami skodeng teknik berfesyen masyarakat. Yang kantoi adalah 2 orang manusia yang pakai baju dari fabrik, corak dan warna yang sama. Yang best, baju tu sama dengan baju Reen cuma colour je lain and nasib baik Reen tak pakai baju tu jugak. Cuma beza, Si A dan Si B telah menterbalikkan fungsi kain. Maknanya, corak utk kain Si B, Si A buat baju dan vice versa.



Then ada la sorang tu lagi kelaka, pakai baju kurung, baju warna putih, kain merah tapi tudung dia hijau. Apakah???



Yang paling tension, jumpe sorang minah ni muka lebih kurang Reha, dengan gaya, bentuk badan dan jugak cara jalan sebijik sama macam Reha. Aku bengang je, sebab rasa die tu Reha, macam nak pegi tegur dan borak2 je ngan minah tu lalu dengan selamba menganggap dia adalah Reha. Tapi, hakikatnya beliau bukan Reha.


Itu sajalah pengalaman bosan saya menghadiri exam PTD. Aku ni tak abis2 pikir, ape jadaaahlaa aku buat kat dewan tu, exam2 bagai. Hurm, ikutkan saja lah permintaan mak.

Thursday, February 19, 2009

Blog dan Korang

Adik aku pernah cakap:
'Eeeeeeee aku tak tau la apsal budak2 Uniten ramai gile buat blog. Tah pape je...Sikit2 nak cite kat blog. Bosan..'

Aku diam je sebab aku pun ade blog.
Nasib baik adik aku tak tau aku ade blog. Kalau tak, mampus aku kene bahan.

Aku blogging sebab aku nak lepaskan kemarahan/apa2 tak puas hati/hilangkan tekanan.
Dulu aku ade blogdrive, tapi dah lupa password. Then friendster blog, tapi dah berhabuk.
Aku sebenarnya lebih selesa menjadi silent reader blog orang, contohnya blog2 kelakar dan salah satu adalah blog Green Apple. Sumpah, memang kelakar dan menghiburkan hari2 aku blog Kak Di sorang ni.
Blog aku sendiri, aku tak buat kelakar pun, takde isi yang ilmiah, takde nak tunjuk2 gambar, sekadar tempat luahan perasaan, kemarahan dan ketidakpuasan hati. Tapi kadang2 post jugak sesuatu yang diluar konteks itu.
Jadi, aku mintak maaf kalau ada entry yang menyinggung mana2 pihak.


Persoalan aku, kenapa ramai sangat orang nak blogging ek sekarang?
Dan, boleh tak korang senaraikan blog2 best supaya aku dapat baca bila bosan. Tak kuasa la nak bloghopping, pastu tengok2 blog tu tak best pun sebenarnya. Huh!


p/s: aku dalam mode bosan-gila-babas-la-baca-buku-malaysia-kita!

Tuesday, February 17, 2009

Benci

Aku tak tau la angin kus kus ape yang datang.
Aku hangin tak pasal2 kalau dengar suara AYU OIAM tuh.
Aku rasa macam nak pecah2 kan TV. Amboi kaya aku.
Aku rasa tertekan siot kalau terdengar suara dia.
Terus tutup TV.
AGHHHHHHHHHHHHHHHHHH!
Aku benci Oprah Malaysia.

Monday, February 16, 2009

Anak Malaysia

Mengumum dan mengisytiharkan..

Aku dan Reen hari ini adalah sangat rajin, maka kamu semua harus kagum.
Kami sedang membaca buku MALAYSIA KITA..
Di muka surat 4 daripada 554.
Sikit je lagi nak habis..550 muka surat je lagi...
Isk..

Sunday, February 15, 2009

Pitidi

Aku sayang mak aku. Mak aku memang suka kalau aku dapat masuk gomen. Demi menyedapkan hati mak aku, aku pun isi la borang SPA. Orang tua, biasa la. Diorang mesti nak suruh anak2 masuk gomen. Aku sebenarnya lebih selesa di private company sebab kalau aku tak suka, ada ape2 issue ke, aku dapat suka-suka je lompat ke company lain. Lagipun gaji pun best sikit. Cume kelebihannya, senang nak buat loan la kan. Tapi takkan la sepanjang hayat aku ni asyik nak buat loan je. Kalau aku kerja private, aku rasa, aku lebih bebas. Nak buat freelance pun takde masalah. Cuma, kena la pandai2 aku nak cari cmpany yang provide remuneration yang best. Lagi satu, terasa diri macam didowngrade je bila masuk gomen kan, pasal gaji tetiba menyusut dengan banyak. (Ceh, macam aku dapat masuk gomen je. Padahal orang baru je panggil exam. Entah2 tak pass).

Jadi, dalam keterpaksaan, aku pun isi la borang tu. Aku tak nak la jadi anak derhaka. Aku ni, dari dulu lagi, mak suruh, aku ikutkan je. Dari zaman kecik2 sampai ke tua aku ni ikut telunjuk mak aku je. Sampai aku pernah warning mak aku, 'Tolong jangan pilihkan menantu sudah. Bab tu, aku cari sendiri.' Mak aku okey je. Hehe. Nasib baik.

Mak aku suruh aku sekolah kat situ, aku masuk. Mak aku suruh aku pilih matrik tu, aku pilih dan aku dapat. Mak aku suruh aku pilih U tu, aku apply dan mak aku jugak sebenarnya suruh aku apply course tu sebab dia kata elok2 je aku grad, masa tu peluang kerja tengah banyak kat bidang tu. Jadi, aku apply. Mak aku suruh aku bertunang ni. Emm emmm..adakah aku akan ikut?

Aku kena ikut telunjuk dan nasihat keluarga sebab aku anak sulung. Jadi, nak tak nak aku kena la buat jugak. Mak dan ayah aku cakap, aku kena jadi contoh adik2. Tapi, aku tengok adik2 aku degil nak mamfus, takde nye nak ikut perangai aku yang ikut je ckp mak aku. Aku ni, nak menipu mak aku, sepatah pun tak pandai. Sebab, kalau aku cuba, memang aku terus kene balasan tang tu jugak. Ade jeee nasib buruk melanda. Tapi aku tengok, adik aku, kalau mak aku tanya apa2, adeee je alasan. Pastu mula nak pusing2 walaupun tak directly menipu. Mak aku pun admit yang aku la anak yang paling patuh dan tak pernah menipu dia. Aku sebak gak masa mak aku puji. Cewah. Ok la ok la. Perenggan ni memang nak bagitau dan puji diri aku sendiri, yang aku lebih baik dari adik2 aku. Harap adik aku tak baca blog ni. Ha ha ha. Kalau baca pun bagus jugak. Sila la patuh pada Umi dan Baba ya, adik2.

Baiklah, sambung pasal SPA. Jap2 SPA tu stands for Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ek? See, tu pun tak confirm. Minggu lepas aku dpt surat suruh attend exam PTD. Aku sebenarnya tak minat bab2 management ni. Tapi sebab kat borang tu banyak yg amat kena choose position, aku pun isi jela mana2 yang kena dengan kelayakan. Terpaksa. Lagipun, kan mak aku suruh apply. Apa2 hal, aku kena gak study sesuatu untuk exam ni. Sebab, aku dengar, ade soalan pengetahuan am kan. Aku memang lemah la bab tu. Boleh tak untuk saya, sediakan semua soalan matematik je? Booo. Kena boo kat kerajaan.

Tujuan entry ini adalah untuk bertanya kawan-kawan yang berpengalaman, apakah contoh2 soalan exam PTD ni? Sumpah aku tak tau. Sebelum ni, orang duk sebut2 PTD pun aku x tau ape kebenda nye. Jadi, untuk tidak menjadi bodoh, aku harus bersedia walaupun sikit2. Lagipun tak salah kan membantu kawan2? Setau aku, Reen dengan Lin pun dapat jugak kan exam ni. Adakah perlu membaca buku? Jika ya, nyatakan jenis buku dan tajuk, di mana untuk mendapatkan buku tersebut dan jika nak pinjamkan sangat2 dialu2kan. Jika ada sumber di internet sila nyatakan URL nya.

Hurm..aku rasa serba salah la. Aku tak minat. Tapi aku perlu menjadi hipokrit semata2 kerana ibu bapa. Takpela, ni kira rezeki la kan. Fikir positif. Dapat ke tak dapat belakang kira. Sekarang aku kena attend exam dulu. Tapi nanti takmo bagitau lulus ke tak, boleh?

Bye.

Botox

Tadi kan mak aku call. Dia baru je siap buat check up untuk adik aku. Adik aku tu memang tak sihat. Dulu dah operate sebab apendix. Then dia ada satu simptom tangan berpeluh-peluh. Ape name tah sakit tu, hyperhidrosis kot. Aku tak sure la nama yang tepat.

Penyakit ni, tangan si mangsa akan sentiasa berpeluh-peluh. Memang la nampak macam biasa je. Tapi, si mangsa akan berasa rendah diri sebab nak salam dengan orang pun segan pasal tangan basah kan. Penyakit ini akan mengakibatkan kemurungan. Contoh adik aku ni, kalau nervous ke ape, memang dia akan berpeluh menitik-nitik kat tangan dia. Aku pun perasan kalau orang datang rumah, dia tak suka nak campur-campur sebab maybe dia malas nak salam kot. Time dia rajin salam tu, mesti kebetulan tangan dia tak basah masa tu. He He.

Pernah je masa dia buat kerja sekolah, sambil pegang pen, habis basah kertas dan buku dia. Sambil buat kerja sekolah, sambil lap tangan. Aku kesian betul kat adik aku. Setau aku, Heliza AF5 tu pun ada sakit ni. Aku rasa la.

Adik aku ni dah menjalani rawatan pakar. Tapi kan, aku rasa kelaka la sebab 1 of the solution adalah kena cucuk BOTOX kat tangan dia. Sekarang dah 15 orang dah mangsa sakit ni yang dirawat Doc ni dan semua cucuk botox. Dah la setiap 3 bulan maybe kena cucuk lagi. Haiyooo. Bergaya ko Nasha(adik aku). Muda-muda dah cucuk botox. Ni nanti ni mesti banyak duit habis kat tangan ko yang cucuk Botox tu. Fewit. Muda-muda dah cucuk botox. Ni kira tak berdosa kan sebab salah 1 kaedah rawatan. Dia bukan nak bagi tangan cun pun. Nak merawat hyperhidrosis tu je.

Aku harap adik aku tak mintak doctor tu gi cucuk botox kat muka, mulut, dahi, hidung dia sudah la. Nanti muka jadi macam ni:


Zahida Rafik. Macam badut kan? Horror gila.


Umie Aida. Ada la iras-iras bapuk.


Christina Aguilera. Kafir. So lantak dia la nak cucuk tang sana cucuk tang sini. Tapi, buruk jugak.


Rosnah Mat Aris. Ni muka berkat ambik air sembahyang.


Rohana Jalil. Macam rimau.

Dan banyak lagi...tapi tak jumpa gambar. Yang aku syak, Azean Irdawaty, Anita Sarawak(ni makan ulam dan berkat air sembahyang dan zikir serta selawat. Puke), Zila Bakarin, Mas AF, Wati Elite.

Muka diorang sepesen kan. Dagu panjang tak pun macam bengkak tang mata. Macam kucing dan rimau pun ade. Especially Azean Irdawaty dalam cerita Waris Jari Hantu. Dah la saka harimau, muka pun macam rimau. Seswai!



Semua gambar dikreditkan ke http://www.sioloon.com. Aku google je artis botox terus masuk blog ni. Terima kasih ya.

Friday, February 13, 2009

Support ke Tak?

Aku nak tanya, kot2 sapa tau.

Compaq Presario V3000 series boleh support RAM up to 4GB tak?
Aku nak mengupgrade laptop ni dan tambah harddisk sekali.
Ni la drawback beli laptop tahun 2007. RAM aku 80GB je. Oh so sedih.

Nak jual dan beli baru adalah sayang.
Sebab ayah aku bagi laptop ni masa laptop lama aku buat hal masa aku tengah bersusah payah nak siapkan Final Year Project dulu.
Tak nak la jual sebab aku sayang dan model ni still boleh install XP tanpa masalah.
Aku tak akan jual walaupun aku beli laptop baru or PC baru yang ada 8GB RAM hatta 1 tera HDD sekalipun.


Kpd kawan-kawan, sapa nak beli RAM tu, sabar dulu dalam sebulan dua coz gang supplier aku bagitau, harga RAM tengah mencanak2 naik ni. Sebab ada banyak kilang tutup. Stok tak banyak. Kat lowyat pun nak kalau korang bargain price memang susah nak dapat murah.
Sabauuuu. Dah turun harga nanti aku bagitau.

pembetulan..
"RAM aku 80GB je. Oh so sedih."
sori..HDD aku 80GB je..bukan RAM. areknee wat malu aku je komen camtu. Aku malu taww!