Thursday, December 11, 2008

Hiatus

Aku masih dalam mode malas nak mengupdate blog.Takpe, aku tak update pun, tak effect sape-sape.Cuma iklan-iklan aku kat tepi ni yang affected lah kot.

Aku masih bercuti.Takde beza pun kalo aku cuti/tak cuti.Sbb kalau aku keje pun, aku takde keje kot.Ade la kot bezanya, yakni AL aku dh di minus 3. Siot!

Aku cuti lama sbb aku saje je nak habiskan beras kat rumah ayah aku.Lagipun beras kat KL tak best.Alasan semata-mata.
Haha, kalau duk kg, mkn minum aku konfem free pastu ayah aku rajin tong-tong minyak kete aku.Tak full pun, hampir-hampir full.Kire orait la kan.Bapak aku tak kisah, aku lagi tak kisah.Tak malu langsung.Buat ape nak malu, die jugak yg menderma sperm dulu sampai terhasilnya aku.He He.Tettt.

Eh eh tetibe aku mcm nampak Rajinikhan kat tv.Ayah aku tgk cite tamil plak mlm2.Emm ayah aku ni mmg, die suke style Sivaji tu cam aku gak.Maka, aku nak pergi tengok tv dulu.Lagipon adik aku nak gune internet utk meneruskan misi beliau menjadi playgirl alam siber.Tak guna betul adik aku ni.Esok aku pasti SMS pakwe beliau utk menghuru-harakan percintaan mereka.Aku benci org tak jujur, termasuk adik aku sekali.

Thursday, December 4, 2008

Horoskop

Sekadar berkongsi dan dijadikan iktibar.Takde la blog aku ni mcm tak gune sgt.He he..

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau
di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka
percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan
tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu
berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca
ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya
tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula
ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.
Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah,
menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi
wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa
dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan
perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum
Islam," katanya. Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat
Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang
kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya,
maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan
termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi
Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9
yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12. Program yang
mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari
perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana
Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka
membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada
suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya
terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang
melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang
diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap
hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan
hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak
memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS
horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan
untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah,
kenapa kita hendak tahu ramalan.

"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja
dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang
dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek
psikologi.

"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu
benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan
mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.

Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan
tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka
yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau berkata, Allah
sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah
murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu
kerana mendahului takdir Allah. Katanya, apa yang dikhuatiri ialah
disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi
itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah
mereka.

"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang
ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa
izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai
yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum
boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara
suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri
yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan
berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang
lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang
taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga
golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal
barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di
langit. Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta
Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika
diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta
terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu
berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai
Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu
berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap.
Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali
sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh
lahir berpandukan bintang.

"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20
Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama
Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi
bangsa kuno ketika kecil.

"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan
bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun
banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung
sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau
lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak
perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan
membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana
boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. ..

Money No Enough

Aku rase duit aku hampir habis.Maka terpakse gune duit saving.Aku tak suke situasi ni.Aku benci.

Wednesday, December 3, 2008

HP 540 RM2499



  • Intel Core 2 Duo Processor T5470 (1.6Ghz/800Mhz FSB 2MB L2 Cache)

  • 14.1” TFT WXGA BrightViewDisplay

  • 1GB DDR2 L2 667MHz SDRAM

  • 160GB Hard Disk Drive

  • DVD+/-RW SuperMulti DL Drive

  • 56K Modem 10/100Base-T Network

  • Intel Pro/Wireless 3945ABG

  • 1 year limited warranty.

  • Free Original Windows Vista and also free downgrade to Windows XP.

Price: RM2499


Tuesday, December 2, 2008

MC

Aduh.Aku rase tekak aku dah mula rasa perit.Badan aku dah mula suam².Tak panas lagi.Kepala dah sakit.
Maknanye.....aku demam.Esok kalo panas aku nak mc.yeay!

Serba Salah(Maksudnya takde yang BETUL ek?)

Ni kisah nak balik kampung raye haji ni.Kat Kelantan mmgla meriah(org ckp).Tapi dulu² time belajar aku mmg tak kisah sgt kalo tak balik.Sbb kalo aku balik pun, aku duk rumah je time Raye Aji ni.Aku pun x nampak realiti orang KL slalu ckp, Raya Haji kat Kelantan meriah.Sbb aku tak rase camtu pun kat umah aku.Meriah ke?Tertanya² aku pada diri sendiri.Takpe, nnt petang nnt aku tanye pendapat adik aku pulak.

Tapi disebabkan aku dh bosan dgn hidup aku kat sini dgn rutin datang-keje-takde-keje.Sungguh bosan, ok.Maka aku telah mengambil bbrp hari annual leave (yg mmg dh sikit nak mampus ahhhhh kedekut XXX ni).Yea, korang takkan nampak muke aku yg mcm loser-di-waktu-kerja ni selama 9 hari.

Cuti kali ni,num henpon aku tetibe menjadi glemer di kalangan ahli keluargaku, selain kenalan² Mr Krishnamurti seperti dalam entry sebelum ini.Sebab glemer tetibe, mak bapak cousin² aku ni yakni mak cik dan pakcik aku ni nak tumpangkan anak² diorang(anak² ok, bukan anak.plural gitu) blk kampung.Amboi ingat aku bwk Van ke ape?Dah la trip cuti kali ni aku nak bawak balik kete aku je, kecik la sikit nak banding kete anak mak mentua saya,ngan PC set segala, plus sorang adik kandung sendiri.Nsb baik adik aku kat Uniten lagi sorang tak jadi balik.Ni nak kene plus 2 cousins lagi.Aih..Overload kete aku ni, nnt minyak musti kering dengan pantas.Pening pala aku nak jaga hati family sndiri.Seb baik la tetibe pakcik aku kensel nak tumpangkan 2 org anak die.Sbb pakcik aku ni genius.Dia tau tak muat dah.

Huuu huuuuu tadi plak dpt call dr sorang makcik yg lain.Nak tumpangkan anak die jugak.Aih, alasan sbb takde tiket dh pastu anak die nangis² nak balik gak.Pastu die cite kat aku die sedih dgr anak sedih pastu die pun smpai tak dpt tido mlm td pikir psl anak die.Ntah² anak dia tido nyenyak sambil bermimpi indah.Yang ni lagi dasat siap bwk skali atuk aku masuk campur dlm urusan ni.Pastu aku yang baik ati ni walopon banyak mengeluh(mengeluh bersebab, bukan aku tak ikhlas tp kete aku overload) pun ok laaa jom la jom la balik same².Walopon aku kene delay nak balik kampung sehari sbb aku kene tunggu budak ni habis exam dulu wuwuwuuww.Ni aku nyampah ni.Plan aku yg dh sebulan di ruin dlm mase seminit je oleh campurtangan datuk aku.Kalo tak, aku blk awal sehari.Aghhhhhhh!

Sesungguhnya aku kalo boleh takmo la travel siang² sbb panas.Aku slalu travel mlm sbb mlm² snang nak tau ade kete kat depan ke tak, especially kat dlm hutan dan kwsn berbukit sbb bleh refer kpd cahaya kete dr arah lagi 1.dah la siang² banyak speed trap.

Biase aku tak kisah nak tumpangkan sape².Adik aku slalu bwk jentera die time balik kg.Kwn² die slalu tumpang kete aku.Tapi, diorang bgtau aku awal².Ini tak, dh tggal esok lusa baru nak bgtau.Dah la aku ade byk brg nak kene angkut.Aku nak angkut pc la, monitor la, brg adik aku la, laptop la, ngan penumpang 4 orang la.Aku dh dpt rase kesardinan kereta aku kali ini walaupun takde kaitan dgn roti sardin aku makan tadi.

Dah la kete aku tu bonet die kicik saje.Letak 1 je beg penyingkiran Akademi Fantasia tu dh setel dah, mmg x leh muat dh bonet beliau.Aku taknak bwk balik kete encik edy kali ni.dah lame kete aku tak balik kg.Huuuuuuuuuuuuuuuuuuu.Aku tertekan dgn dilema kepentingan peribadi, menjaga hati family dan jugak campur tangan atuk aku.Sape la agaknye pegi beli henpon kat atuk aku ni.Pandai pulak die save num aku.Nnt balik kg aku nak edit phonebook atuk aku, aku nak tuka 1 angke hp num aku yg die save.Yes!Aku nekad.

Monday, December 1, 2008

Sakit Hatiku Pada Krishnamurti

Mr Krishnamurti!Aku tak kenal ko.Tapi kenapa la ko tersilap bagi num henpon ko gune number aku?Kot ye pun, takkan la num sendiri bleh silap?Slalu je org kol aku nk ckp ngan ko.Cis!Cis!Cis!!!!Aku dh gune num ni lebih setahun ok Krishnamurti...Benci Benci Benci!