Sunday, November 9, 2008
@I loike..
Satu lawak yg selamba dari akak India yg bawak moto tepi jalan.
A: Do you know why a one hand guy cross the road?
B: Don't know.Why?
A: Because he wants to go to second hand shop.
Heheeeeeeeeeeee.Bagi aku, sungguh lawak.Sbb spontan saje.Pastu akak tu blah ngan moto die.Sape tengok episode ni?
What say you..?
Wednesday, November 5, 2008
@Sivaji The Boss
Sila jangan kata aku buang tebiat.
Pada suatu malam, tatkala musim deepavali, aku bukak TV.Ade cite ni.
So aku pun tengok.Mmg menarik.Lagi2 dgn aksi2 Sivaji yg best best best.
Tapi malangnye cite tu pnjang sgt.So aku tertido.Aku pun tak tau ape ending die.
Maka, aku berharap sesape yg ade cite ni sila la share dgn aku WITH subtitle.
Tak bermakna aku keje Sykt XXX aku dpt faham Tamil, hokey!
Aku cuma tau 1 je, "Na unney kadilikiren".Kalo betul la.
Maksud die, "I love You."Encik Edy jgn la jeles, yg ajar tu bukan laki la, name die Swarna Venugopal,perempuan tau.
Berbalik kpd Sivaji.Mmg best cite die.Sangat bergaya, bermutu dan berkeunggulan.
Bayangkan la nak makan sebijik kacang pun, dr tangan die, kacang tu melantun pang pang pang kat tempat lain dulu, baru last2 masuk mulut die.Oh, sungguh bergaya.
Tu belum lagi masuk part die libas2 kain die bunyi zas2.fewit.sungguh bergaya!Ade gak 1 part die sign surat pakai due2 belah tangan.Bergaya lagi skali.Kan dh ckp, mmg sungguh bergaya, bermutu dan berkeunggulan.
Ada 1 part tu die nak kat pmpuan ni.Pmpuan tu tanak kat die sbb beza warna kulit.
So, die nekad nak jadik putih.Sampai membe die kate, mane boleh ko nak jadi putih(sungguh yakin kan?), kalau kite buat perempuan tu jadi hitam boleh la.Mcm2 die buat.Tak silap aku siap taruk klorok ke cmtu la lebih kurang.Pastu gi tapak projek, siap pakai pakaian angkasawan takut kene panas.Gile smangat beb.Moralnya, orang itam bleh jadi putih.Haha.Bleh la aku ambik teknik die memutihkan diri bg aku putih melepak2 plak.
Kpd sesape yg ada cita ni, DISERTAKAN DENGAN SUBTITLE, bagi aku ek...
Note:Tiada unsur2 racist ye di dalam entry ini.Sekadar menceritakan pengalaman menonton Sivaji. :P
@Norman bersedia terima Memey isteri kedua.
Ish dh jadi bahan gossip lak blog aku.Tetibe hits aku naik sbb kes dua org ni.Bagus gak, byk skit point nuffnang aku.Setelah mendapat permintaan drp cik Jaszminedeezee(salah eja mintak ampun.) utk tepek berita ni.Siap suruh aku tulis lagi,"Sile bg warning pd peminat2 Norman skali.Huh.Benci sungguh aku.Teremo plak.".Aku tau mmg ramai yg emo kisah tragis menimpa Abby ni.
Nah, aku dh quote kan skali warning ko wahai cik Jaszminezdeezee.
From utusan:
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Aktor popular, Norman Hakim buat kali pertama mengakui, dia bersedia menerima pelakon muda, Memey Suhaiza sebagai isteri keduanya jika itu yang ditakdirkan oleh Allah.
Biarpun tidak mengesahkan yang dia mempunyai hubungan serius dengan aktres berusia 20 tahun itu, Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 32, berkata, sebagai umat Islam, dia akur dengan ketentuan qada dan qadar.
''Ketika ini, dalam hati, rasa kasih dan sayang pada isteri saya, Abby begitu menebal. Setiap hari, saya berdoa pada Allah biarlah maut yang memisahkan kami berdua. Saya tidak mahu berpisah dengan Abby melalui perceraian.
''Namun, pada masa yang sama, saya tidak mampu menolak ketentuan andai saya dan Memey bertemu jodoh satu hari nanti,'' katanya ketika dihubungi wartawan Utusan Malaysia, SAHARUDIN MUSTHAFA di sini hari ini.
Norman berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kononnya dia dan Memey sudah merancang untuk berkahwin.
Bagaimanapun, rancangan tersebut dikatakan terpaksa ditunda berikutan dia dan Memey ditangkap berkhalwat di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana, Hulu Kelang, Selangor pada 30 Oktober lalu.
Sehubungan itu, pelakon utama drama bersiri Gerak Khas itu berkata, jauh di sudut hatinya, dia berkongsi rasa kasih dan sayang dengan banyak pihak.
''Ada 'wilayah' dalam hati yang saya bahagikan pada Allah, pada ibu dan ayah, pada isteri saya, anak-anak dan untuk orang lain juga.
''Bila saya fikirkan masalah yang sedang saya hadapi ketika ini, adalah lebih baik saya berterus-terang berhubung perasaan yang sedang saya alami ketika ini,'' jelas Norman yang berkali-kali menyatakan harapannya agar Abby memahami kedudukannya ketika ini.
Menurut Norman, dia tidak mampu untuk menghalang Abby meluahkan emosinya seperti yang berlaku di lokasi penggambaran Gerak Khas semalam.
''Saya mahu mencari penyelesaian terbaik dalam hal rumah tangga saya dengan Abby. Saya cuba memahami keadaannya ketika ini.
''Saya juga menyedari yang Abby seorang ibu yang baik buat anak-anak kami. Saya sangat menyayangi dia.
''Tetapi, kalau sudah tertulis takdir lain, apa daya saya sebagai manusia untuk menolaknya,'' ujar Norman lagi.
Ditanya kenapa dia beria-ia mempertahankan Memey dalam kenyataannya semalam, menurut Norman, Memey merupakan 'penyelamat' kepada keadaan yang dialaminya ketika ini.
''Abby hadir dalam hidup saya sebagai pembakar semangat. Memey pula hadir sebagai penyelamat dalam kehidupan saya."(sungguh ______ ko ni.isi la ape korg nak isi kat sini.)
''Saya perlu mempertahankan Memey kerana dia juga ada keluarga yang terpaksa melalui episod ini.
''Seperti yang saya kata, ada banyak hati yang perlu saya jaga. Jadi, saya harap Abby benar-benar memahami keadaan saya ketika ini. Saya tahu saya dan dia (Abby) masih ada masa depan demi anak-anak kami,'' kata Norman yang berhasrat untuk merujuk kepada pihak yang arif yang boleh menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.
Pada masa sama, Norman berkata, dia akan memohon petunjuk daripada Allah dengan solat sunat istikarah.
Ni berita no 2.aku cilok dr cari:
Norman: "Abby-Memey sama-sama penting dalam hidup saya"
Oleh WAHIDA ASRANI
NORMAN-ABBY BERSEMUKA... Urutan rangkuman enamgambar detik Abby berada di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dankemudian bertemu dengan suaminya, Norman Hakim di Wangsa Maju, KualaLumpur kelmarin. (Ikut jam) Abby menitiskan air mata ketika menemuiwartawan, kemudian meninggalkan kawasan mahkamah dengan dokuman,menemui Norman di lokasi penggambaran, menyerahkan dokumen, pasanganAbby-Norman berjalan untuk mengadakan perbincangan 45 minit dankedua-dua mereka berdepan dengan wartawan.
PETALING JAYA: Meskipun didesak oleh isterinya, Abby Abadi untuk bercerai, aktor Norman Hakim yang cukup sinonim dengan watakInspektor Haris dalam drama bersiri Gerak Khas, tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan mahligai yang dibina lebih enam tahun lalu.
Bagaimanapun setelah berkali-kali soalan tentang hubungannya bersama pelakon baru Memey diajukan, Norman memberitahu mStar Onlinehari ini, pelakon muda berusia 20 tahun itu dan Abby, yang juga pelakondan bekas penyanyi, adalah dua insan yang 'istimewa' baginya.
Minggu lalu, Norman dan Memey ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor di pejabat Norman di Ukay Perdana.
Kelmarin pula Abby mengunjungi Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timuruntuk memfailkan tuntutan bercerai tetapi tidak kesampaian keranadokumen yang dikemukakan tidak lengkap termasuk tiada butiran lengkapmengenai Norman.
MEMEY SUHAIZA
ABBY TETAP MAHU CERAI - DI SEGMEN BERITA
"Saya tidak mahu menafikan atau pun mengesahkan apa-apa. Cuma apayang boleh saya katakan di sini, kedua-duanya memainkan peranan penting dalam hidup saya.
"Abby adalah seorang isteri yang sudah banyak berkorban untuk saya... dialah yang sentiasa memberi semangat untuk saya terus bertahan di dalam karier dan kehidupan saya sehingga kini, tetapi saya tidaknafikan pada masa yang sama, Memey pula sentiasa memberi inspirasi di dalam apa yang saya lakukan.<-siot je ko Norman.
"Saya tidak mahu menidakkan atau mengesahkan apa-apa di sini. Saya takut, jika saya terus menafikan tetapi andai kata Allah sudah tentukansaya bertemu jodoh dengan Memey, masyarakat akan terus berkata sayabersandiwara pula.
"Saya masih menyayangi Abby sepenuh hati saya. Dia adalah ibu dan isteri yang terbaik.
"Tetapi dengan kuasa Allah, andai benarlah Memey ditakdirkan jodohsaya, saya tidak akan menolak untuk jadikan dia isteri kedua saya,tetapi saya tidak akan ceraikan Abby, kerana saya tetap sayangkan dia sampai bila-bila," kata Norman.
Dalam nada tegas, aktor berusia 32 tahun itu berkata, dia akan terus berusaha agar kekeruhan rumahtangganya itu dapat diselesaikan segera,tetapi bukan berakhir dengan jalan perceraian.
"Saya tidak akan serahkan lagi dokumen perceraian yang diberi olehnya tempoh hari.Seboleh mungkin, saya ingin ia berakhir dengan cara yang baik. Saya kenal Abby... dia memang nampak 'keras' di luar, tetapi hatinya cukup lembut.
"Saya tahu dia masih inginkan saya dalam hidupnya, termasuklah demianak-anak juga. "Saya ada menghantar SMS kepadanya malam tadi dan sayaberitahu dia 'hanya maut yang akan pisahkan kita', tetapi tiada respondaripada dia.
"Saya tidak kisah untuk berjumpa dengan pakar kaunseling. Malah,saya harap pihak media juga boleh menjadi platform untuk kami berbaik.Saya tidak mahu lagi masalah rumahtangga saya menjadi satu 'pementasan'pula.
"Insya-Allah, satu masa nanti, saya harap saya dapat membawa Abby dan Memey sekali untuk bersemuka terus dengan wartawan," kata bapa kepada tiga cahayamata iaitu Mohamed Danish Hakim, 5, Marissa Dania Hakim, 3 dan Maria Danisha Hakim, sebulan setengah.
Kata Norman, dia menganggap 'serangan' Abby yang turut disertai pihak media di set lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas Isninlalu adalah satu petanda bahawa perceraian yang diminta itu sebenarnya tidak 'direstui' oleh Allah.<-mmg la Allah tak restu cerai berai ni tapi segala taklik ko dh langgar kan?anak yg merah lagi tu ko bape kali jenguk je kan?mmg aku emo betul ngan si botak ni.
"Saya bersyukur sebenarnya dia datang ke sana dengan memba wawartawan dan pada masa yang sama dokumen perceraian pula tidak lengkap.
"Ini sekali gus menunjukkan macam-macam benda yang menghalang kami dari bercerai.
"Saya faham perasaannya. Pada hari itu, bukan sengaja saya ingin pertahankan Memey, tetapi saya mahu semua orang faham, saya ingin jag ahati Abby dan Memey juga kerana saya rasa saya bertanggungjawab atas apa yang terjadi ini. Bukan bermaksud melebihkan mana-mana pihak.
"Saya ingin dia dan saya sendiri sama-sama membaiki kelemahan diri.Saya sedar, saya mungkin bukan suami yang baik dan saya akan berusaha untuk perbaikinya. Saya tidak mahu keadaan bertambah buruk," kataNorman.
Ujarnya lagi, dia memang tidak pulang ke rumah sejak kes khalwat itu untuk mengelak pertengkaran dengan Abby. Namun, jelas Norman, bila keadaan kembali tenang, dia berharap dapat bersemuka dengan Abby secarabaik.
"Ketika ini saya tinggal di rumah saudara-mara.. kadang-kadang diBangsar dan adakalanya di Kuala Lumpur. Buat masa ini, saya mahu keadaan reda dulu dan mungkin selepas itu saya harap kami boleh selesaikan dengan baik.
"Tak guna untuk berdepan sekarang kerana saya yakin pertengkaran pasti akan berlaku," kata Norman.
So, cik Jaszminedeezee, saye sudah tepek ini berita.Ko nk org ramai temankan ko ek sakit ati ngan statement abang polis botak ni kan?Aku dh join dh ni kelab emo ko.Sape lagi nak join?
Bg aku, mmg tak patut si NH ni wat camni kat family die.Kalo alasan die nak jaga ht Memey, apsal mase die wat hal die tak pulak jaga ht anak bini die.Tp dgrnya dorg mmg dah nikah kat Siam.Ikut logik dgn statement2 NH tu, bela sgt si Memey, mcm dh nikah je lagaknye.Ape2 la..later kita tau jugak kebenaran.
Time ni la baru nak sebut hal anak, hal agama.Mase abaikan anak bini, takde pulak ko ingat ye.Oh aku bertambah emo.Baik aku stop sebelum aku jadik hijau.Jaszminedeezee, sile komen.Ayuh!
@Jom rempit
Td reha nampak gambar ni kat laptop aku.Die gelak sbb comel.Pastu chemun dtg.die kate cute.
Tetibe Jatt ade kat tempat Reha.Aku pandang muke Jatt.
Tetibe aku rase budak yg bwk moto ni mcm muke Jatt.
Aku suke gmbar ni.Pic taken by my bf(tak sure sbenanye die or kwn die coz gambar ni dr dalam kete.so, secara logik, my bf supposed to be the driver.kwn die la kot snap).
Tp aku mmg suke la pic ni.Gambar ni diambik kat Besut, Terengganu.Comel je adik yg pakai helmet terbalik sambil mencari ais tu.Dan comel gak dorg naik moto berempat.
Tu pagar MRSM Kota Putra kot.sape budak KOPU mesti tau ni.Aku agak je.
Tuesday, November 4, 2008
@EMO
Tak tau la semua betul ke ade yg tak betul.
Tapi aku time period mmg hangin tak bleh nak tahan2 la
Emo terlebih pulak.
Kdg2 sian bf aku.Buat slh kcik je or kdg2 tak salah pun tapi tak pasal2 aku melenting.
Cume kalo emo sbb PMS ni, harap2 dapat la dimaafkan.
Sebagai wanita, aku tak mintak jadik garang time PMS ni, tapi dh mmg symptom2 die.
Aku rase, 99% simptom PMS ni mmg kene kat aku.
Tak larat weh tetiap bulan nak tanggung.
Kalo sape2 laki tak dpt terima, nak je aku suruh dorg rase sekali dlm hidup.
Kalo dapat laaaa.
Pastu jeles lak kat org2 yang kene sikit2 je PMS ni.
PMS symptoms include:
- Fatigue: This is the most common symptom of PMS. Women with PMS may feel so tired they can barely get through the day. Some women also may have trouble sleeping at night.yee mmg trouble nak tido mlm.aku mmg tak dpt tido smpai kdg2 telan la ubat batuk ke, ubat selsema ke bg tido cpat skit.
- Tension and irritability: A woman with PMS may feel very on edge. Small annoyances seem huge. Often her response is out of proportion to the problem.ni x pyh ckp.nmpak muke aku masam yg amat tu, yeee la tu.
- Difficulty concentrating: Many women with PMS find it hard to do things that require concentration, such as balancing a checkbook, following recipes, or making business decisions. They may also be forgetful.yeyeye saye mmg forgetful.memang tetiap bulan saye langgan simptom nih.
- Anger: During PMS, normal feelings of anger are often exaggerated. A woman may be more argumentative and lash out at those around her.hahahah ye saya sangat garang ketika datang bulan.mmg saya langgan jugak perasaan marah ini.
- Depression: . Sadness and crying easily are common feelings related to PMS. At times the sadness may feel profound and inconsolable.huuuuuuuuu sedih tak pasal2.sape carik pasal tang tu gak aku jerit.
- Food cravings: Some women crave particular foods, such as sweets or salt. Others find their appetite for almost any food increases.ni tak.sekor simptom ni je takde dlm langganan bulanan aku nih.kalo PMS mmg aku takde mood nak mkn sgt sbb aku rs perut aku dh cukup kembung nak mkn banyak2.
- Breast tenderness: Many woman experience swelling and soreness around their nipples or breasts.haih nak kene ckp ke ni?ha'aa memang sakit.aku tak kisah la laki bace blog aku.sesungguhnye nak bgtau, sakit tau.nnt bini korang ngadu sakit, jgn tak caye pulak.
- Bloating in the abdomen, hands, and legs: Some women with PMS gain weight. Others have fluid shifts to the abdomen, hands, and legs that make them feel uncomfortably swollen or puffy.tak pasti la gain weight ke tak.tapi aku mmg notice rase kembung semacam jek kat uterus.seksa mak rase noks.
- Headaches: Duration and severity of headaches vary from woman to woman, but are common during PMS.saya sakit kepala sekarang!!!!!lagi 1 die tak tulis.senggugut.tapi ni PMS kan,pre..ni time menstual mmg toksah ckp la.sakit gile.aku dgr kalo kat korea pmpuan dpt 1 hari cuti ek sempena hari period pain.ntah btul ke x.en mahmud pnah gtau ni mase ktorg training.apsal tak bgtau psl cuti sbb period.aku kalo period pain, takde sbotol minyak yuyi cap limau toksah ckp.kene ade alat osim yg tuam perut tu seketul lam bilik.dgn sepapan panadol actifast or pain killer.ye tuan2 dan puan2.saya tau tak elok amalkan makan pain killer ni.dh tu ko nak suruh aku pasrah gile je berguling2 atas katil sambil menyanyi lagu pasrah dendangan erra fazira?
Nih tip tak berape nak formal tapi ade betulnye gak..huhuhu.
Tips Utk Lelaki Bile Awek Datang Bulan
Apa yg laki patut buat bila awek datang bulan!
Tips kali nih boleh arh korang anggap sebagai cara untuk mengelakkan diri dari dengor awek korang yg sedang datang bulan memaki hamon korang atau masam muker cam jerok kelubi muncong panjang sedepa hehehe...
1. jangan sesekali datang lewat walau seminit pon kalo dah janji nak dating ngan awek korang!
2. pastikan beteri enpon cukop untok menampong time kegiatan luar korang. jangan sampai awek korang call tak dapat laks nanti hiks...mampos kang!
3. jangan bercerita tentang kehebatan pompuan lain depan dia time mood pms menguasai diri awek korang.
4. jangan buat lawak bodoh dengan membatalkan temujanji korang bersama awek korang tu.
5. kalo dia call jangan nak berani² machokan diri dengan berkata " u call i japs lagik la sayang, i bizi arh skarang nih " thehehe...
6. jangan cari pasal ngan dia tanya bende² yg buat kepala dia semak nak jawab soalan² bodoh korang
7. jangan pinjam doit dia time dia datang bolan hiks...
8. elakkan diri dari buat mende yg awek korang tak suka...
kalo korang buat gak ape yg aku senaraikan nih sumer... sile senyum dan redha kalo awek korang tetiba tengking² korang cam kene histeria, tak pon tetiba dorang nangis kekuat akibat terlalu hangin ngan korang pastu tak hingin nak tengok moker korang dah.
p/s:kpd boifren saya, saya mintak maaf if setiap bulan ade je amukan-amukan puaka drp awek awak ni.tapi sy mmg tak mintak jadik hantu yang dilanggan setiap bulan tu.tapi fahamilah bahawe mmg 99% drp PMS symptom tu mmg terjadi kat saye.huhuhuhu.:(
tp tips2 yg tak patut dibuat oleh pakwe ketika awek period tu esp bab2 phone tu mmg xde kat en edy.beliau sungguh rajin bertanya khabar saye.cume tu laaaaa..kdg2 silap kecik je aku dh hangin.harap faham ye..
Monday, November 3, 2008
@Abby Vs Norman Hakim
Here goes the story.Tulisan biru tu aku yang tambah sbb aku teremo lak bace mende ni.Biase la, mcm tak kenal, aku kan emo.
Abby Abadi Serang Norman Hakim(Gara-gara dokumen cerai tak lengkap).

Abby dan Norman berbincang di tempat tertutup selama lebih kurang 45 minit - foto UTUSAN .
Yeah, bravo Abby.Serang jangan tak serang.Serangan berani mati kat lokasi shooting Gerak Khas.Abby siap bwk press bagai..
Lebih memburukkan keadaan rumahtangga mereka ialah apabila Norman ditangkap khalwat bersama pelakon baru Memey pada awal Khamis lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar jam 3 pagi.
Norman dan Abby sebelum ini juga pernah bercerai sekitar Mei 2006 tetapi merujuk semula seminggu kemudian. Punca perceraian mereka ketika itu juga adalah disebabkan faktor 'orang ketiga' yang mana penyanyi Farahdhiya dikaitkan di dalam hal tersebut.
Sambil menegaskan dia sudah nekad untuk meletakkan titik noktah terhadap rumahtangganya itu, kata Abby, dia merasakan itu adalah jalan terbaik untuk mereka kerana berpendapat agak sukar untuk dirinya mempertahankan lagi mahligai yang mereka bina itu.
"Sebelum insiden dia ditangkap khalwat lagi, saya sudah terdetik untuk meminta cerai. Tetapi bila keadaan sudah semakin teruk, saya tidak boleh bertahan lagi.
"Selepas kes itu, kami ada berjumpa kerana kata Norman dia inginkan saya berikan kekuatan kepada dirinya untuk hadapi perkara itu.
"Saya akui, memang nampak kekesalan di wajahnya pada waktu itu. Tetapi bila dia keluarkan satu ayat yang berkata tolong selamatkan dia dan 'perempuan' itu, saya rasa cukup terguris.Kalo aku jadik Abby ni mmg dh meroyan dh ni.
"Kalau dia minta saya untuk selamatkan dirinya, saya boleh bantu. Tetapi dia turutkaitkan sekali perempuan itu, ternyata nampak sangat yang mereka memang ada 'sesuatu'.
"Malah, selepas insiden itu barulah saya tahu bahawa perempuan itu sudah lama tinggal di pejabat itu. Itu antara penyebab mengapa saya nekad untuk teruskan tuntutan cerai ini kerana hati saya memang cukup terluka.
"Sejujurnya, saya masih ada perasaan sayang terhadap Norman. Tetapi saya takut perasaan sayang itu akan dikecewakan lagi," kata ibu kepada tiga orang cahayamata, Danish Mohamed Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 2, dan Maria Danisha Hakim, sebulan setengah.
Bercerita lanjut berhubung kes itu, kata Abby apa yang menyedihkannya ialah ada pihak yang menuduh dirinya menjadi dalang kes khalwat itu. Malah, Abby juga tidak mendapat sokongan daripada keluarga mentuanya.
Ditanya adakah dia ada menghubungi Memey setelah berlakunya kes itu, kata Abby:
"Memang ada. Tetapi saya terkejut kerana dia berani menjawab panggilan saya tanpa ada perasaan bersalah. Dalam nada selamba, dia menjawab "benda dah nak jadi, habis nak buat macam mana".(kurang ajar punya pompuan!)

Abby tidak dapat menahan perasaan tidak puas hati berhubung kenyataan dikeluarkan Norman sehingga terpaksa ditenangkan oleh beberapa wartawan
"Kalau sayalah yang berada di tempatnya, saya tidak akan berani untuk jawab panggilan itu sebab pastinya saya akan rasa bersalah. Saya ada terbaca di dalam sebuah online yang dia sanggup berdepan dengan saya untuk selesaikan masalah, tetapi saya tahu itu hanya sekadar skrip.
"Saya sendiri tidak ada masalah untuk berdepan sendiri dengan dia," kata Abby.
'Drama' Norman dan Abby gamatkan pihak media
Ditanya pula bagaimana dia akan menguruskan perceraian tersebut sedangkan pada masa yang sama Norman seolah-olah cuba menjauhkan diri daripadanya, Abby secara ringkas berkata, dia tahu di mana Norman berada ketika itu.
Sambil memberitahu lokasinya adalah di hadapan pasar raya Carrefour, Wangsa Maju kerana Norman terbabit dengan penggambaran drama bersiri Gerak Khas di situ, Abby terus nekad untuk ke lokasi terbabit.
Bersama sekumpulan wartawan, Abby tiba di lokasi itu kira-kira jam 12 tengah hari. Ternyata kemunculan Abby bersama 'rombongan' wartawan ke situ mengejutkan krew produksi dan Norman sendiri.
Norman dan Abby bagaimanapun bersemuka secara aman tetapi aktor itu dilihat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja Abby menyerahkan dokumen yang perlu diisi olehnya berkenaan tuntutan cerai itu.
Pasangan itu kemudian berbincang di tempat tertutup kira-kira 45 minit sebelum Norman dan Abby tampil semula di depan media. Dalam nada tenang, Norman menjelaskan bahawa dirinya memerlukan masa untuk berfikir tentang tuntutan cerai diinginkan Abby.
Norman dengan linangan airmata turut berkata, dia seboleh mungkin masih ingin menyelamatkan perkahwinan mereka.
"Kami masih berdepan dengan jalan buntu. Sekarang ini, ada dua isu sebenarnya. Pertama tentang kes khalwat itu dan saya sudah pun berbincang dengan pihak berkenaan untuk jelaskan benda ini dengan lebih telus. Jika tidak perlu bawa ke mahkamah, lagi baik.
"Yang keduanya ialah tentang masalah rumahtangga kami. Saya memang sedih sangat jika kami terpaksa bercerai. Apapun yang berlaku, saya telah ingatkan kepada Abby supaya anak-anak tidak menjadi mangsa di atas kejahilan kami berdua yang tidak mampu bertoleransi dengan baik," kata Norman.
Dia turut akui, dirinya sudah lama tidak pulang ke rumah selepas insiden terbabit.
Namun, tegasnya, dia terpaksa berbuat demikian untuk mengelakkan pertengkaran dengan Abby.
"Kami tidak boleh berjumpa. Sebagai lelaki, ego saya kadang-kala memang tercabar. Tetapi, saya minta maaf. Saya tidak mahu bercerita lanjut tentang masalah rumahtangga saya ini.
"Bila saya bercakap tentang Memey, dia akan kata saya cuba mempertahankannya. Dia masih naif dalam bidang ini dan dia masih ada ibubapa untuk jaga hati mereka. Saya akui, saya meminta dia supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Saya tidak mahu masyarakat terus meletakkan spekulasi dan tuduh saya bersandiwara.
"Saya berada di dalam industri hiburan dan bisnes saya bukan untuk diri saya seorang. Saya sedar tanggungjawab saya untuk jaga makan minum isteri dan anak-anak," kata Norman lagi.
Ditanya apa hubungan sebenarnya dengan Memey, Norman hanya menjawab:
"Banyak hati yang perlu saya jaga. Abby juga masih isteri saya."
Aktor itu juga turut ditanya sama ada dia tahu di mana Memey berada di ketika ini.
Secara ringkas Norman hanya menjawab:
"Dia di pejabat."
Mengulas pula sama ada dia akan bekerjasama dengan Abby bagi proses perceraian itu, kata Norman:
"Saya boleh bekerjasama dengan dia tapi saya tetap perlukan pihak ketiga (Memey) untuk berdepan dengan perkara ini."
Kenyataan itu bagaimanapun menimbulkan ketidakpuasan hati Abby yang berada di sebelahnya sehingga menimbulkan ketegangan apabila dia turut meminta Norman menjelaskanapa hubungan sebenarnya dengan Memey.
"Kenapa you buat I macam ni? Kenapa you begitu ambil berat tentang orang lain berbanding saya?" - luah Abby yang gagal menahan marah sehingga terpaksa ditenangkan oleh wartawan.
Norman dalam keadaan tenang hanya menjawab "perkara ini tak patut dibincangkan depan orang" dan bagaimanapun ditempelak Abby yang meluahkan perkataan "you tipu!" sehingga Norman terus berlalu dengan menyatakan "saya tak ada apa lagi untuk dikomen."
'Kekecohan' itu turut membuatkan penggambaran pada hari itu terpaksa ditangguhkan.
Saya sudah berbuih mulut bagi nasihat - Datuk Yusof Haslam
Kehadiran Abby dan pihak media di lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas itu ternyata mengejutkan produsernya, Datuk Yusof Haslam yang akhirnya turut turun padang untuk berjumpa sendiri Abby dan Norman di lokasi itu.
"Ini bukan kali pertama perkara ini terjadi kepada mereka. Selaku orang tua, saya memang ambil berat terhadap mereka. Saya sudah berkali-kali menasihati Norman.. dah berbuih mulut saya. Dan semalam saya sendiri ada hubungi Abby dan minta dia bertenang.
"Saya tidak mahu bila timbulnya masalah peribadi, ia akan turut mengkucar-kacirkan produksi," kata Yusof.
Orang kuat Skop Productions itu juga turut menasihati Abby agar memberi ruang kepada Norman selama seminggu untuk menenangkan fikirannya sebelum membuat keputusan tentang perceraian itu.
Sunday, November 2, 2008
@K.O.S.O.N.G!
taip lagi.
backspace lagi.
haaaa, aku mmg takde idea nak berblogging sudah..
takpelah, mari bercerita tentang hari minggu atau dalam bahasa inggeris, weekend.(teringat aku kisah sorg budak pandai skolah aku.dulu sape dpt 1st ranking batch,mase assembly kene bg speech, share teknik belajar.budak ni Jr aku, budak form 1.then budak tu pun ckp,pada waktu malam, saya akan berjaga malam,atau lebih dikenali sebagai stay up, utk mengulangkaji pelajaran.aku mmg tak sangke budak tu nak ckp cmtu.harus ke nak bgtau atau lebih dikenali sbg stay up, kat pentas lak tu time assembly.malu saye dengar dik.tapi at least die dpt no 1 kan.susah tu budak SBP nak dpt no 1 ranking batch.tp tu la, spoil btul statement atau lebih dikenali sbg stay up tu :P.hehe mcm seolah² ckp, saya sangat gembira, atau lebih dikenali sbg happy.:P :P :P)
ok lah, berbalik kpd kisah hujung minggu.tapi, tetibe aku rase nak tengok gossip girl la.tak jadi la nak update blog.so, tak jadi la nak cite pasal weekend aku.sekian.hehe.jgn marah atau lebih dikenali sbg dont be angry.